Posted in Info on December 27, 2011

1) Ada 2 jenis pemain muzik – Studio & ‘Live’. “Yang main kat studio lagi terer sebab dia kena main ‘perfect’”. “Eh! Tak la. Yang main ‘live’ la lagi terer sebab dia kena main depan ramai orang!” Whatever…

2) Sebenarnya ada 2 jenis pemain muzik sahaja – Pemain muzik yang dapat bermain muzik dengan baik dan pemain muzik yang ’suck’, tak kira di studio ataupun secara live.

3) Semuanya bergantung bukan kepada tahap skill level, tetapi lebih kepada persediaan sebelum sesi rakaman atau ‘event’ muzik ‘live’ tersebut (ayat apa daa campur melayu-english ni).

4) Sekiranya kurang latihan, memangla kelam-kabut main alat muzik tu. Jadi kenala ‘prepare’ awal-awal secara individu dan bersama kumpulan anda. Kat sini faktor disiplin tu kena jaga beb.

5) Ingatan juga penting untuk prestasi muzik yang baik. Kenalah ingat struktur lagu – riff ni bercantum dengan riff apa, lepas tu apa, kat mana nak berhenti dsb. (teka-teka tu yang bagi jadi kantoi).

6) Sesetengah pemain muzik suka bermain muzik secara spontan atau ‘teka-silang kata’ sebagai salah satu ekspresi artistik. Tapi, kalau ahli-ahli kumpulan anda dah mula tak faham apa yang anda dok goreng tu, agak-agakla goreng tu,  bagila diorang faham melodi tu pi ke arah mana.

7) Tips minda – kalau anda bermain muzik tak kira di rumah atau di atas pentas, kenala main dengan ‘confident’ dan bersungguh-sungguh. Barula bunyi yang keluar tu sedap, jelas dan bukan macam dalam kelambu. Kalau ‘live’ lagila kritikal sebab ’soundman’ nak ‘balance’ kekuatan bunyi alat muzik kita dengan alat muzik pemain yang lain di dalam ‘band’. Jadi jagala ‘dynamic range’ tu supaya tak tersasar jauh sangat (perlahan melampau sgt sebab segan dengan ‘crowd’, takut salah, dsb).

8) OK. Tu saja. Selamat Mencuba. Anda dan kumpulan anda pasti terer kalau amalkan tips-tips di atas, insyaAllah.

Yacer X
Related Posts with Thumbnails